Wednesday, 6 March 2013

Serawa Durian

Bahan2:

Bahan Utama: Isi Durian

1. Santan (aku guna santan kotak ayam brand saja-kotak kecil, 200 ml)

2. Air (lebih kurang 1 liter)
3. Sagu

4. 1 Cawan Gula
5. Garam (secukup rasa)
6. Daun Pandan (kalau ada)
~Gambar Google~
Cara2:

1. Masukkan sekotak santan dan lebih kurang seliter air ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan durian. Simpul daun pandan dan masukkan sekali ke dalam periuk jika ada.

3. Buka api perlahan,  kacau durian sampai bercampur dengan santan.
4. Masukkan gula. kacau lagi sampai agak pekat.
5. Buang biji2 durian yang telah tertanggal dengan isinya.
6. Masukkan sagu, kacau sampai sagu kembang.
7. Agak2 pekat tutup api.

** Boleh makan terus or sejukkan dulu dlm freezer.

Tuesday, 5 March 2013

Udang Celup Tepung

Bahan2:

Bahan utama: Udang/Ikan (tapi kalau sotong, fail xjadi, tak tersalut, ku pun tak tau pasaipa) (Ketam: belum pernah cuba lagi)
1. Tepung Beras/Tepung Jawi
2. Kapur makan (secubit + air secawan ke segelas.. sukahati lah)
3. Kunyit Serbuk (bagi warna kuning2 sikit)
4. Garam
5. Planta/Minyak masak {nak bagi ranggup)


**Kalau nak goreng pisang ke ubi keledek ka, aku pakai bancuhan tepung ni jugak

Cara2:

1. Masukkan tepung beras, serbuk kunyit dan garam.

2. Bancuh secubit kapur makan dengan segelas air.

3. Masukkan air bancuhan itu ke dalam tepung, gaulkan, jgn masukkan semua air bancuhan tersebut, agak2 saja. selebihnya tambah air biasa  aja.

4. Masukkan sedikit planta untuk bagi ranngup. (Kalau takdak planta, boleh ganti dengan minyak masak, sukatan-agak2 saja)

5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Celop udang, pastu goreng.




Monday, 4 March 2013

Sup Kentang Carrot dan Telur

Bahan2:

1. Bawang putih & Bawang Merah (diracik)

2. Carrot & Kentang

3. Telur

4. Suhun

5. Ayam Ball

6. Garam (secukup rasa)
7. Minyak

(** Kuantiti, suka2 hati, kalau nak makan byk, byak kan lah kuantiti bahan2 di atas)

Cara2:

Panaskan periuk, masukkan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan air, karot, dan ayam ball. Ayam ball ni untuk bagi sup rasa macam sup ayam sikit tanpa letak perencah ayam maggi atau knorr. Bila karot agak empuk, masukkan kentang. Bila kentang dah empuk, masukkan suhun dan telur.

**Sup aku agak kering, mungkin sbb kurang air ataupun suhun tu serap air, nnt kita try lain.

HASILNYA:


Resipi Sup Kentang Carrot dan Telur ni aku refer dari blog (jintanmanis.com) , kemudian aku buat ikut cara ku.

P/S: Aku bukanlah pakar memasak, so ayat2 di atas suka2hati aku ja nak tulis camana pun, asal aku paham udah.. kata nota utk diri sendiri.. tapi kalau sesapa nak jadikan rujukan resipi ntah apa2 aku, sila lah.. aku pun cedok2 dari internet jgk.. tak sempat nk belajar dari mak aku dulu, tp mujurlah sempat belajar 2 3 resipi, tdak, apa pun tak tau...

Dan jgn nak kutuk2 pulak, aku xpandai masak, so benda yg simple pun macam kekaguman pada diri sendiri...